Rancangan Pengajaran Tahunan Pemulihan Sekolah Rendah adalah berbeza mengikut kesesuaian murid. Ada guru yang membuat RPT berdasarkan Kemahiran BM / Matematik Pemulihan. Manakala ada juga guru yang menggunakan Modul LINUS Literasi / Numerasi untuk membina RPT masing-masing.
Bagi saya, saya membuat RPT berdasarkan kesesuaian tahap penerimaan murid. Bagi murid linus tegar, saya gunakan RPT berdasarkan kemahiran BM / Matematik Pemulihan.
Bagi murid Linus biasa pula, saya menggunakan Modul LINUS Literasi / Numerasi berdasarkan aliran murid. Murid Linus biasa Tahun 1, saya akan gunakan Modul LINUS Asas 1, Tahun 2 - Modul LINUS Asas 2, dan Tahun 3 - Modul LINUS Asas 3.
Dokumen RPT berikut (dalam format *.xls) bolehlah dimuat turun bagi perkongsian bersama.
(Sila ubah mengikut kesuaian takwim sekolah dan tahap murid.)
1. Rancangan Pengajaran Tahunan Numerasi Asas/Tahun 2
2. Rancangan Pengajaran Tahunan Numerasi Asas/Tahun 3