Tuesday, December 18, 2012

Matlamat, Objektif dan Punca Kuasa Program Pemulihan Khas

Matlamat

Memastikan semua murid menguasai kemahiran asas 3M kecuali murid berkeperluan khas.

Objektif

Setelah mengikuti program ini murid dapat:
  1. menguasai kemahiran asas 3M
  2. meneruskan pembelajaran di kelas biasa
  3. membina keyakinan diri dan bersikap positif terhadap pembelajaran.


Punca dan Bidang Kuasa

Surat Siaran Kementerian Pelajaran (yang berkaitan dengan Program Pemulihan Khas)
  1. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
    Bil.KP(BS)8594/PK/Jld.11(32) bertarikh 22 Jan.1985
    (Guru Khas Pendidikan Pemulihan)
  2. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
    Bil.KP(BS)8502/5/PK/Jld. V(26) bertarikh 28 Jan.1986
    (Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
  3. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah
    KPM. Bil.KP(BS)8502/PK/Jld. V(29) bertarikh 17Mac.1986
    (Pengawasan dan Penyeliaan Program Pemulihan)
  4. Surat Siaran Bahagian Sekolah-sekolah KPM.
    Bil.KP(BS)8502/PK/Jld.V(34)bth.30 Jun 1989
    (Guru Khas Pemulihan Khas Dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah Rendah)
  5. Surat Siaran Bahagian Perkembangan Kurikulum
    KP(BPK)400-32/6Jld.3 (61)
    [Pelaksanaan Program Literasi dan Numerasi (LINUS) Tahap 1 Di Sekolah Rendah]
  6. Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
    KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(1)bth. 23 Mac 2012
    [Tatacara Pelaksanaan Saringan dan Tahap Penguasaan Literasi dan Numerasi (LINUS) Murid Tahap 1, Sekolah Rendah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)]
  7. Surat Siaran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian
    KP(BPSH-SPDK)201/005/02 Jld. 4(18)bth. 03 Julai 2012
    (Guru Pemulihan DiBawah NKRA Pendidikan – LINUS)
  8. Surat Siaran Bahagian Pendidikan Khas KPM.
    BPKHAS.300-2/2/3 (24) bth. 29 Oktober 2012
    (Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Tahun 2012)

Dipetik dari GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2012, BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Definisi Program, Guru dan Murid Pemulihan Khas

DEFINISI

Definisi Program Pemulihan Khas
“Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” (KPM 2001)

Definisi Guru Pemulihan / Guru Pemulihan Khas
Guru Pemulihan merupakan guru yang terlatih di institusi yang menyediakan kursus-kursus pendidikan pemulihan seperti di universiti, institut perguruan mahu pun institut pendidikan guru sama ada dalam negara atau luar negara. Hasilnya Guru Pemulihan mempunyai kepakaran yang khusus bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (menulis, membaca dan mengira)

Definisi Murid Pemulihan Khas
Pusat Perkembangan Kurikulum (1984); murid pemulihan ialah mereka yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kemahiran-kemahiran tertentu, bersifat negatif terhadap pembelajaran dan mempunyai tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran serta kurang sikap keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran.

Menurut laporan yang bertajuk “Asia and Pasific Programme of education Innovation for development” (1987) yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, sasaran pengajaran pemulihan ialah:
“Those that are categorised as having learning problems generally display a disability in areas such as reading, spoken or written language, mathematics and in skills related to perceptual processes in learning. Due to their shortcomings in one or more of the areas, some children find learning a difficult task.”

Dipetik dari GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2012, BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Pengenalan Program Pemulihan Khas

PENGENALAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS

Program Pemulihan Khas telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) semenjak tahun 1960an bagi membantu murid-murid di sekolah rendah yang menghadapi masalah khusus dalam pembelajaran iaitu menguasai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira ( 3M ). Pada tahun 1983, sistem pendidikan Malaysia telah memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Kurikulum baru ini merupakan satu usaha untuk kembali semula kepada asas pendidikan dengan memberi fokus kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang tidak menguasai 3M dibantu melalui aktiviti pemulihan dalam kelas.

Fokus ke arah membasmi masalah 3M ini turut termaktub di dalam Teras Ketiga : Memperkasakan Sekolah Kebangsaan dan Teras Keempat : Merapatkan Jurang Pendidikan; dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006–2010. Melalui kedua-dua teras ini, beberapa pelan tindakan dirancang untuk memastikan murid-murid menguasai kemahiran asas 3M pada tahap 1. Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkasakan Program Pemulihan Khas dengan menaik taraf kelas pemulihan khas dan menyediakan Guru Pemulihan terlatih yang mencukupi termasuk di Sekolah Kurang Murid (SKM).

Melalui Transformasi Pendidikan, Program Literasi dan Numerasi (LINUS) telah diperkenalkan pada bulan Ogos 2009. Program LINUS adalah sebahagian daripada Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan dalam Program Transformasi Kerajaan merupakan satu kesinambungan daripada program yang sedia ada bagi mengatasi masalah penguasaan kemahiran asas 3M dengan lebih sistematik. Pelaksanaan program LINUS mensasarkan 100% murid tahun 3 menguasai kemahiran literasi dan numerasi sebelum ke tahun 4 mulai tahun 2013 kecuali murid berkeperluan khas.

Dipetik dari GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS 2012, BAHAGIAN PENDIDIKAN KHAS, KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA